ERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PSS SKBG
Perkhidmatan-perkhidmatan berikut boleh diperolehi di PSS SKBG:
1. Perkhidmatan di PSS Induk
1.Perkhidmatan Pinjaman Bahan Sumber PSS
* iaitu bahan bercetak dan bukan bercetak,peralatan elektronik dan sebagainya (untuk guru). Pinjaman buku bacaan boleh dibuat menggunakan kad injaman yang boleh dibeli di koperasi sekolah
2. Ruang-ruang Tahap 1 dan ruang bacaan Tahap 2
*yang berasingan dan ruang bacaan untuk guru/kakitangan yang selesa dan kondusif.
3. Perkhidmatan Bilik Rujukan untuk pengguna/pengunjung Red Sport
*boleh digunakan untuk perbincangan kumpulan dan rujukan khas terutamanya untuk guru/kakitangan dan murid Tahun 6.
4. Perkhidmatan Penerbitan
- Menghasilkan Buletin PSS
- Menyediakan Sijil NILAM & Pengawas
2. Pusat Akses Kendiri (PAK)
- Khusus untuk guru/kakitangan dan muird melayari internet untuk tujuan P&P, Eduweb TV dan mengetahui berita-berita dunia terkini, ibarat ‘cybe-cafĂ©’ sekolah
3. Perkhidmatan Pameran Berkala & Pameran Bertema
- Sudut-sudut khas sekitar kawasan sekolah disediakan khusus sebagai tempat panitia mata pelajaran membuat pameran. Pameran dibuat secara giliran mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak Penyelaras PSS.
- Sudut pameran bertema diadakan di ruang belakang Dewan Terbuka sekolah.
- Mempamerkan bahan-bahan maujud dan bercetak tentang perayaan yang disambut di Malaysia
4. Perkhidmatan TVP ( Astro )
- Kemudahan ini disediakan di dalam bilik APD
- guru dan pelajar boleh menjalani proses P & P mekanisma TVP Astro sama ada secara ‘on air’ atau ‘off air.
- CDI juga disediakan dalam perkhidmatan ini.
5. Perkhidmatan ABM, APD
- Kemudahan mengadakan kelas berbantukan bahan/alat yang lengkap dan mencukupi.
No comments:
Post a Comment